Mosque Upgrading Project Initiatives
Sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul dana bagi Projek Peningkatan Masjid Darussalam, kami menyediakan kemudahan kutipan dari rumah untuk para jemaah yang tidak dapat hadir ke masjid.
1. Kutipan Sumbangan di Rumah
Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke masjid, tidak mahir menggunakan PayNow atau perbankan dalam talian, atau lebih selesa menerima kunjungan kami — Ustaz Hariz boleh datang ke rumah anda untuk kutipan sumbangan bagi jumlah $500 ke atas.
InsyaAllah, kami akan memudahkan urusan anda sebaik mungkin.
2. Sumbangan Infaq Emas
Jika anda mempunyai barangan emas yang tidak lagi digunakan, atau peninggalan arwah keluarga yang ingin diinfaqkan, anda juga boleh menyerahkannya kepada kami.
Hasil jualan emas tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada Dana Projek Peningkatan Masjid.
Untuk sebarang pertanyaan atau untuk menjadualkan kutipan di rumah, sila hubungi kami di 67770028 atau melalui WhatsApp.
Semoga Allah memberkati setiap sumbangan dan mempermudah segala urusan anda. 🤍